Nuffnang

Monday, July 7, 2014


TAJUK LAGU : HARI RAYA SEMUA
KOMPOSER : AEGY & AYE
LIRIK : AEGY
TERBITAN : CNO'B MUSIC RECORDS
PENGARAH : P.O.P
PRODUKSI : EDY JAK PHOTOGRAPHY

Saksikan Klip Video P.O.P Sempena Raya ini di Youtube.com/123GreenTv







Thursday, December 19, 2013

P.O.P Kini Dalam Proses Penggambaran Muzik Video MJJ

Semakin gah! dengan pendirian sejajar dengan kemajuan dan peningkatan Industri seni tanah air kini, P.O.P sekali lagi akan tampil dengan muzik video terbaru kami untuk versi RnB bagi lagu yang pernah membawa P.O.P untuk tercalon dalam Anugerah Industri Muzik ke-19 tahun lalu iaitu Main Jauh Jauh. 


 Dari kiri; Edy, Benny, Aye, Qeem, Jimmy, Ryan, Melia, AeGy

Berbeza daripada sebelum ini, P.O.P yang dulu dikenali sebagai Da Prinz, telah pun merakam semula lagu tersebut yang lebih cenderung kepada muzik yang bergenre RnB serta mendapat sentuhan vokal penyanyi wanita ataupun sebelum ini lebih dikenali sebagai pelakon untuk Filem Karipap Karipap Cinta, tidak lain dan tidak bukan, Melia Aimielia. Selain daripada itu, beliau juga turut memainkan watak di dalam muzik video ini yang dijangka akan disiarkan bersempana tahun baru 2014.


Melia Aimelia

Bersempena tahun baru 2014, P.O.P juga kini ingin membuka lembaran baru untuk meningkatkan lagi mutu hasil karya kami selain daripada menghasilkan lagu-lagu yang fresh dan Catchy, kami juga lebih menfokuskan mutu hasil penataan seni visual kami bagi setiap muzik video yang kami akan hasilkan kelak.

Walaupun hanya meneruskan perjuangan hanya bertiga, AeGy, Qeem dan Aye tetap meneruskan perjuangan seni dan mengekalkan momentum yang ada bagi mencetuskan impak di dalam Industri khususnya Malaysia dan negeri tercinta kami, Sabah di bawah bayu. 


Qeem sedang menjiwai watak

Bercerita mengenai pembikinan muzik video ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew yang terlibat khusus buat Edy selaku tulang belakang projek ini dari segi sentuhan visual beliau yang mampu memukau penonton setelah sudah pun mula berjinak sebagai pengurus produksi Edy Jak Photography. 

Briefing dulu..

Scene Romantik oleh Ryan & Melia

Juga tidak ketinggalan buat pelakon watak dalam muzik video ini iaitu Ryan Ex kumpulan VIP, Benny, Melia Aimelia dan Jimmy Napong di atas komitmen yang kalian beri sangatlah kami hargai. 


Take 5!

The Director


Hari Berikutnya, KLCC


Nantikan kemunculan klip video terbaru kami MAIN JAUH JAUH versi RnB terbitan CNO'B RECORDS dengan kerjasama EDY JAK PHOTOGRAPHY pada 1 Januari 2014.








Foto ketika temubual bersama Harian Ekspres

Foto ketika temubual bersama Harian Ekspres