Nuffnang

Thursday, December 19, 2013

P.O.P Kini Dalam Proses Penggambaran Muzik Video MJJ

Semakin gah! dengan pendirian sejajar dengan kemajuan dan peningkatan Industri seni tanah air kini, P.O.P sekali lagi akan tampil dengan muzik video terbaru kami untuk versi RnB bagi lagu yang pernah membawa P.O.P untuk tercalon dalam Anugerah Industri Muzik ke-19 tahun lalu iaitu Main Jauh Jauh. 


 Dari kiri; Edy, Benny, Aye, Qeem, Jimmy, Ryan, Melia, AeGy

Berbeza daripada sebelum ini, P.O.P yang dulu dikenali sebagai Da Prinz, telah pun merakam semula lagu tersebut yang lebih cenderung kepada muzik yang bergenre RnB serta mendapat sentuhan vokal penyanyi wanita ataupun sebelum ini lebih dikenali sebagai pelakon untuk Filem Karipap Karipap Cinta, tidak lain dan tidak bukan, Melia Aimielia. Selain daripada itu, beliau juga turut memainkan watak di dalam muzik video ini yang dijangka akan disiarkan bersempana tahun baru 2014.


Melia Aimelia

Bersempena tahun baru 2014, P.O.P juga kini ingin membuka lembaran baru untuk meningkatkan lagi mutu hasil karya kami selain daripada menghasilkan lagu-lagu yang fresh dan Catchy, kami juga lebih menfokuskan mutu hasil penataan seni visual kami bagi setiap muzik video yang kami akan hasilkan kelak.

Walaupun hanya meneruskan perjuangan hanya bertiga, AeGy, Qeem dan Aye tetap meneruskan perjuangan seni dan mengekalkan momentum yang ada bagi mencetuskan impak di dalam Industri khususnya Malaysia dan negeri tercinta kami, Sabah di bawah bayu. 


Qeem sedang menjiwai watak

Bercerita mengenai pembikinan muzik video ini, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew yang terlibat khusus buat Edy selaku tulang belakang projek ini dari segi sentuhan visual beliau yang mampu memukau penonton setelah sudah pun mula berjinak sebagai pengurus produksi Edy Jak Photography. 

Briefing dulu..

Scene Romantik oleh Ryan & Melia

Juga tidak ketinggalan buat pelakon watak dalam muzik video ini iaitu Ryan Ex kumpulan VIP, Benny, Melia Aimelia dan Jimmy Napong di atas komitmen yang kalian beri sangatlah kami hargai. 


Take 5!

The Director


Hari Berikutnya, KLCC


Nantikan kemunculan klip video terbaru kami MAIN JAUH JAUH versi RnB terbitan CNO'B RECORDS dengan kerjasama EDY JAK PHOTOGRAPHY pada 1 Januari 2014.








Sunday, October 20, 2013

Kumpulan Baru dari Sabah, KKBYNEEZ - INILAH KK

06/10/13, Sebuah kumpulan yang terdiri daripada gabungan lima orang anak muda yang berasal daripada Sabah telah pun mempertaruhkan bakat mereka untuk berani tampil menyertai ujibakat Program terbaru di Astro Mustika iaitu The Band. 

Sukacitanya bahawa, Kumpulan ini berjaya terpilih untuk ke peringkat penapisan seterusnya bagi melayakkan diri ke Konsert mingguan The Band. Dengan hanya menyanyikan lagu Main Jauh Jauh yang menonjolkan bakat mereka dalam tarian telah membuka ruang rezeki mereka tambahan lagi apabila berjaya memikat hati juri, Damian, menerusi lagu kedua mereka iaitu In The Still of The Night secara Acapella.

KKBYNEEZ terdiri daripada Aegy, Aye, dan Qeem daripada kumpulan P.O.P dan Ryan Ex-VIP akhir sekali Chaq Mentor iaitu abang kepada penyanyi sensasi seksi iaitu Stacy. 


Nantikan kemunculan KKBYNEEZ dalam Program The Band "Kami Akan Menggegarkan Dunia"

Perasaan setelah layak ke peringkat seterusnya

Main Jauh Jauh

Soal jawab bersama para juri


Wednesday, July 24, 2013

P.O.P Kini Semakin Matang


Prince of Pop iaitu nama yang tidak asing lagi bagi mereka yang meminati industri muzik tanahir khususnya Sabah dan juga penggiat RnBHipHopSoul.

Walaupun hanya meneruskan perjuangan tidak seperti biasa, ketiga-tiga ahli P.O.P ini terus tekun berusaha gigih demi kepuasan dan mencapai impian tersendiri. Bekas calon AIM-19, kini P.O.P bukan sahaja tertumpu dengan penghasilan lagu malah, P.O.P kini sudah melebarkan sayapnya dalam bidang pengarahan Klip Video.

Semalam, video terbaru daripada P.O.P baru sahaja dilancarkan dan dimuat naik ke laman sosial rasmi Youtube P.O.P, 123Greentv dengan hasil view 454 dlm tempoh masa kurang dari 24 jam.

Video yang diarahkan sendiri oleh P.O.P itu mendapat banyak pujian dari pelbagai pihak tambahan lagi apabila mendapat sentuhan visual yang dirakamkan oleh Videografer Edy Jak yang kini semakin berani untuk tampil dengan produksi sendiri Edy Jak Bah Production.

Edy Jak sedang menggodek teman sejatinya :-P

Tampil dengan hasil karya tersendiri, Hari Raya Semua kini membuktikan P.O.P bukan sahaja berbakat dari segi penciptaan lagu mahupun lirik, kini P.O.P sudah pun menjadikan elemen pengarahan muzik video sebagai aspek yang perlu ditekankan bagi semua penggiat seni terutama sekali penyanyi. 

Biarpun hanya berkonsepkan santai raya, namun lagu hasil ciptaan AeGy & Aye itu tidak membawa maksud untuk muncul dimusim perayaan sahaja bahkan, ini merupakan titik permulaan bagi P.O.P meningkatkan mutu karya sendiri dari masa ke semasa. 

Qeem menahan kelaparan ...


21hb Julai 2013 merupakan tarikh pengambaran muzik video tersebut yang hanya memakan masa lebih kurang 2jam 30minit sahaja untuk proses penggambaran dijalankan. Dengan hanya berbekalkan semangat ia tidak menjadikan halangan untuk kami menyiapkan rakaman ini walaupun terpaksa berjuang ketika di bulan Ramadan. 

Nampak tak bila sudah habis rakaman.. happy!!..


Tanpa membazirkan masa serta ruang yang ada, P.O.P hanya menggunakan satu lokasi sebagai tapak penggambaran muzik video tersebut iaitu di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.  


Sempat lagi bahhh... 

Aye Park opss!! haha...

Jika anda ingin mengetahui segala yang terbaru daripada P.O.P, anda boleh like Page kami di P.R.Inc atau twitter di @P0POfficial. Dengar lagu-lagu kami di Soundcloud POPofficialSC. Terima kasih atas kesudian anda membaca blog saya, sekian, (jangan lupa tekan share :-P )

*Muzik Video akan di muat naik kemudian. 






Tuesday, April 16, 2013

So Hot menang di jiwa ?


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjy817rgcCBU0_RCseuM7RJiqVWc2AyQtDhhL1ZcoHtulij9JFXqj9RsC6WhuG3euJL64IHl7hkPGFeUt11rXLvY4IH93g4_CjyTPcFnrfrfL4noK4d741ZgUVuyKVCCfjFUa1JupNmzCLX/s928/860803_10200553356227109_1285044128_o.jpg

Rentetan daripada Buku Baru terus ke Main Jau Jauh dan kini tampil dengan Single terbaru kami iaitu So Hot yang berentakkan Rnb Pop atas hasil ciptaan Net Sky yang sangat menjolok hati para gadis di luar sana. 

Proses rakaman yang bermula daripada November 2012 akhirnya membuahkan hasil apabila lagu ini sudah siap sedia untuk disajikan buat para peminat dan penyokong kami yang sudah kian lama menantikannya. 

Baru-baru ini, Single terbaru kami So Hot sudah pun di lancarkan pada 13 April dan anda boleh mendengarkan lagu tersebut di laman rasmi POP Soundcloud

Berkaitan mengenai respon terhadap lagu So Hot, radio-radio utama sudah pun mula memainkan lagu ini termasuklah radio Sabah dan Sarawak. Jika anda belum mendengarkannya, bolehlah berkunjung ke page kami ataupun request lagu ini di corong-corong radio pilihan anda. 


Dengarkan So Hot full version disini;
klik soundcloud.com/popofficialsc/so-hot-prince-of-pop-1


Semoga anda suka dan terhibur !!!

Follow us;
Twitter @P0Pofficial
Youtube 123GreenTV
Facebook P.R.Inc




     

Saturday, March 30, 2013

'Special Project' lahirnya B4T$


Setelah sekian lama berada dalam industri mahupun masih terdapat beberapa pihak yang belum menyedari kehadiran kami namun, itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus berkarya demi memperjuangkan bakat yang ada. Maka dengan itu, untuk memberi variasi lagi terhadap acuan arus arena muzik kita di Malaysia, lahirlah idea ini untuk menyatukan kami berempat dalam satu projek istimewa di antara AeGy, Aye, Iqwal dan Ryan.

Info Ahli B4T$,

AG Sri Iskandar (AeGy)
Beaufort Sabah, anggota POP
Composer/lyricist

Allen Max Ambrose Mudi (AYE)
Tambunan Sabah, Anggota POP
Music Arranger

IQWAL 
Kuala Lumpur
Composer/Lyricist

Rayndra Putra Jubidi (Ryan)
Kota Kinabalu Sabah
Choreographer 

Tuesday, February 19, 2013

'So Hot' terbaru dari P.O.P bakal memikat gadis-gadis Borneo!


        Setelah muncul dengan lagu Buku Baru dan Main Jauh Jauh, akhirnya kami kembali dengan lagu terbaru yang berjudul So Hot. 

Lagu yang lebih mengisahkan tentang kecantikkan gadis dengan adunan melodi ciptaan daripada rakan kami di Sabah iaitu, Net Sky.

Jika sebelum ini, P.O.P lebih dikenali dengan lagu yang berkonsepkan POP dan RnB, tetapi kali ini muncul dengan lagu yang berentak Balada.

Apa yang kami harapkan, agar anda semua terhibur dan enjoy dengan lagu terbaru kami ini ...

Peace yo!

Foto ketika temubual bersama Harian Ekspres

Foto ketika temubual bersama Harian Ekspres