Nuffnang

Thursday, November 22, 2012

Kami bukan tewas !


Sedikit temubual kami bersama harian ekpress mengenai kegagalan untuk mendapatkan gelaran Juara dalam Ketegori Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 19.

Thx Kaza Harian Ekspress! ^^

Monday, November 19, 2012

P.O.P di Red Carpet AIM-19


Prince of Pop yang tercalon dalam Ketegori Calon Artis Vokal Berkumpulan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke 19 secara langsung di Stadium Malawati Shah Alam baru-baru ini. Memperagakan kostum rekaan Kos Serani, sangat stylo !! tqsm koss :)

Sunday, November 18, 2012

This is me AeGy!

AIM 19
17 Nov 2012
Stadium Malawati Shah Alam
Baju rekaan Kos Serani  

Friday, November 9, 2012

P.O.P di AIM-19


Video promo dari kami P.O.P dalam Anugerah Industri Muzik ke-19 di Stadium Melawati Shah Alam 
Pada 17 Nov 2012.
Secara langsung di Astro Ria
Serta radio rasmi AIM-19
Radio ERA





This Is Prince Of Pop


Thursday, November 8, 2012

StarChat di Gua.com.my


Semalam, 8 nov berlangsungnya aktiviti StarChat yang dianjurkan oleh Gua.com.my yang bertempat di Sri Pentas Persiaran Bandar Utama Damansara KL.

Terima kasih kami ucapkan buat Gua.com.my yang sudi menjemput kami, juga kepada mereka yang chat bersama kami semalam. Amatlah dikesali kerana kami mempunyai lebih kurang 30 minit sahaja masa untuk kita bersama :(...

Tapi nda apa, mereka yang ingin mencari kami boleh add di FB, follow twitter kami & like page P.O.P ya!
TQSM~

Luv uall!

Wednesday, November 7, 2012

MAIN JAUH JAUH (Official MV)

Setelah P.O.P muncul dengan Teaser MJJ (Main Jauh Jauh) kini, Klip Video yang dinanti-nantikan muncul menemui anda di Youtube.

Paling utama, Syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya Klip Video MJJ telah siap sepenuhnya. Thanx kepada semua tenaga kerja yang terlibat dalam penghasilan Klip Video kami ini.

Jasa anda semua amatlah kami hargai. Sebagai tatapan anda, ini dia klip video MJJ untuk anda!
wassalam~

 

                                          Lagu : AeGy, Cat Farish & Aye
                                          Lirik : AeGy, Cat Farish

Saturday, November 3, 2012

TEMUBUAL DI #ERA CARTA 40



Antara Klip-klip video ketika P.O.P berada di Konti Era FM
Thx to Ira & Adi, dan khusus buat Radio Era kerana menjemput dan memainkan lagu kami.
^^

Tuesday, October 23, 2012

Macam dimana ???

Yang dijanjikan kepada semua peminat & penyokong kami kini menemui anda di laman sosial Youtube dimana kami telah membuat Cover lagu Macam Di KK yang merupakan lagu yang berasal daripada Sabah.

Terima kasih kami ucapkan kepada 'Kiot' yang menjalankan peranan paling penting dalam penghasilan video tersebut. Tidak lupa juga kepada 'Janrywine' Credit to u bro, lagu u sangat siok! :) .

Jangan berhenti menyokong kami dan terus nantikan Cover kami seterusnya serta support Single kami Main Jauh Jauh. 

Sebagai hiburan anda, sila klik dibawah untuk mendengar Macam Di KK





Sunday, October 21, 2012

Single yang akan datang !!

Disamping mencipta lagu untuk kumpulan P.O.P, saya juga ada mencipta satu lagu yang berentak slow RnB ataupun balada dan Lagu ini akan dinyanyikan oleh saya sendiri dalam bahasa Dusun.

Walaupun kurang fasih dalam berbahasa Dusun namun, saya menganggap ini merupakan salah satu cabaran kedua selepas kami mendendangkan semula lagu lama iaitu Ada Hiivai Dandi Toh yang merupakan Lagu yang menjadi Juara dalam Carta Artis Tempatan Sabah RTM 2010.

Atas bantuan seorang rakan, Douglas Henry yang merupakan penulis lirik dalam bahasa Dusun untuk lagu ini, telah melicinkan lagi proses penghasilan lagu tersebut dan diharapkan lagu ini mendapat tempat dihati anda semua. :)

untuk mendengar demo lagu Berdua Saja/Sopiduo klik dibawah
http://soundcloud.com/aegy/berdua-saja

Friday, October 19, 2012

Aktiviti P.O.P !!!

Sekarang ini, P.O.P sedang dalam proses menghasilkan cover lagu tempatan Sabah iaitu lagu yang di popularkan oleh Janrywine 'Macam di KK' . Kami telah menata semula muzik lagu tersebut menjadi RnB dan cara nyanyian kami juga sangat jauh berbeza daripada penyanyi asalnya.

Apa yang kami harapkan cover tersebut dapat memberi hiburan kepada anda dan hadiah kami kepada semua keluarga, rakan-rakan, saudara mara serta semua penduduk sabah. 

Kami rindu KK bah!!!

TEASER MAIN JAUH JAUH !!!


Sekian lama peminat kami P.O.P menanti kemunculan Klip Video 'Main Jauh Jauh' kini penantian anda bakal berakhir dengan kelahiran Teaser dari kami sebagai fasa pertama untuk mengubati kerinduan anda.

Syukur alhamdulillah atas kerjasama semua pihak, 'Main Jauh Jauh' yang merupakan lagu hasil daripada kolaborasi AeGy, Aye dan juga Cat Farish ini akan menemui anda tidak lama lagi di Youtube.

Hasil sentuhan Muhammad Syafik selaku pengarah, Muzaffar Salleh sebagai Editor dan juga Syakir selaku Cameraman serta bantuan Team daripada eRama Records serta pihak media dari Erama ini sangat memberangsangkan kerana menggunakan idea kecanggihan Green Screen sebagai medium utama dalam pembikinan klip video ini. 

Sebagai tatapan anda semua, AeGy sajikan anda dengan Teaser daripada kami. Ini dia 'Main Jauh jauh' !!!









 

Wednesday, October 17, 2012

Siapa Pencipta Lagu 'HOT' ???



Beliau merupakan anak kelahiran daerah Semporna, yang juga merupakan pelajar dalam jurusan Sijil Pengajian Muzik Universiti Malaysia Sabah dan Pemilik Sijil Suzuki Violin Teacher ini adalah pencipta lagu 'Hot' yang akan menjadi single kedua kumpulan P.O.P. Beliau yang dimaksudkan ialah Muhammad Ghazali bin Walkie atau lebih mesra dipanggil dengan nama Sky.


Beliau merupakan salah seorang guru muzik separuh masa di salah sebuah sekolah Muzik di Kota Kinabalu Sabah. Anak jati Sabah yang berumur 22 tahun ini sangat meminati genre muzik Pop dan juga RnB disamping menjadikan Jay Sean, Chris brown, Jason Mraz, B.A.P dan banyak lagi sebagai idola beliau. 


Mula mencipta lagu sejak di bangku persekolahan dalam usia sekitar 15 tahun dan bercita-cita untuk menjadi salah seorang Penyanyi dan Penulis lagu ataupun Komposer yang akan mencetuskan revolusi muzik khususnya Industri Muzik tanahair.


Harapan beliau, "Harapan sky ialah semoga sky dapat mencapai mimpi itu dan menjadikan ia realiti.Selain itu sky harap music yg sky tulis dapat di terima oleh semua lapisan masyarakat dan dapat disiarkan di setiap stesen radio dalam dan luar negara".


AeGy selaku wakil daripada kumpulan P.O.P mengucapkan setinggi terima kasih kepada Sky kerana telah menghasilkan satu lagu yang menepati citarasa kami semua dan diharap, kerjasama antara kita dapat menjadi kebanggan buat semua khususnya buat Sabahan. 



 SELAMAT MAJU JAYA BUAT SKY !!!



Monday, October 15, 2012

P.O.P di Gaol.fm


Pada 15 Okt 2012, Isnin, bertempat di konti Gaol fm Damansara berlangsungnya sesi temubual bersama TK Chemat selaku penyampai Radio Online Gaol.fm yang kini pendengarnya sudah pun mencecah lebih kurang 2 juta pendengar di seluruh dunia.

Terima Kasih kami ucapkan kepada Pihak Gaol.fm iaitu TK Chemat kerana sudi menjemput kami berkunjung sebagai artis undangan di Gaol.fm dan diharapkan sokongan daripada semua pihak terhadap P.O.P takkan pernah luput.

Gaol.fm best!!!

Suasana di bilik make up


Di antara gelagat P.O.P ketika berada di bilik make up ^^

Bersama Krew 1Malaysia TV


Detik girang bersama krew - krew selepas selesai menjalankan sesi penggambaran untuk klip video 'Main Jauh Jauh' di studio IPTV.

Saturday, October 13, 2012



Baru - baru ini 12 Okt 2012, Jumaat, berlangsungnya sesi penggambaran P.O.P untuk single yang hangat di putarkan di corong-corong radio sekarang ini iaitu lagu yang berjudul 'Main Jauh Jauh' . Lagu hasil ciptaan AeGy (salah seorang ahli P.O.P) dan gabungan sentuhan daripada 'sifu' kami iaitu Cat Farish.

Lagu ini juga mendapat tempat dihati Juri-juri yang bertanggungjawab mengadili Anugerah Industri Muzik ke-19 yang akan dilangsungkan pada 17 Nov 2012 di Stadium Melawati Shah Alam.

Penggambaran yang dijalankan di Studio IPTV ini diharapkan dapat mengubati peminat-peminat P.O.P yang sekian lama menunnggu kelahiran Klip video sulung dari P.O.P terutama kepada Kelab peminat kami yang dikenali dengan nama 'Poppers'.

Sokongan dari kamu semua sangatlah kami hargai dan tidak mampu terbalas. Maka dengan itu, kemunculan Klip kami ini diharapkan dapat memberi satu impak kepada semua khususnya industri muzik di Malaysia.

Thursday, October 4, 2012

                                                             PRINCE OF POP (P.O.P)


 Berikut merupakan senarai penuh pencalonan AIM edisi ke-19 yang diumumkan semalam:

Artis Baru Terbaik

1. Keroz Nazri (Suatu Hari Nanti)

2. Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)

3. SalamMusik (Alamak feat Altimet)

4. Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)

5. The Malayan (Aku Bukan Lagenda)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

1. Azlan & The Type Writer (Idola)

2. Faizal Tahir (Buta)

3. Hazama (Majnun)

4. Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)

5. Stephen Rahman Hughes (Bertemu Di Syurga)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

1. Jaclyn Victor (Counting Days)

2. Nora (Doa)

3. Shila Amzah (Patah Seribu)

4. Siti Nurhaliza (I Cry Out)

5. Jaclyn Victor (Jagalah Diri)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu

1. Firdaus (Saat Terindah)

2. Forteen (Seperti Dulu)

3. GX4 (Kerana Kasihmu)

4. Prince of Pop (Main Jauh Jauh)

5. SleeQ feat Ramlah Ram (Sesaat Kau Datang)

Kulit Album Terbaik

1. Anuar Sujud (Raunajud) - Filsuf (Muka Surat Satu)

2. Sanjay - Hujan (Sang Enemy)

3. Wing Meng - Love Me Butch (World Wide Transgression)

4. Even Odds Sdn. Bhd. - MizzNina (Take Over)

5. Zul Amran Hilmi - Yuna (Terukir Di Bintang)

Rakaman Album Terbaik

1. Hafiz Hamidun/CL Toh - Hafiz Hamidun (Zikir Terapi Diri)

2. Eddie Slam/Greg Henderson/Voodoo/Illegal - Jamal Abdillah (Raja Pop 2)

3. Edry Hashim/Manusia Putih/Cat Farish - Kat Hassan (Menggoda)

4. Rahmad Ayob - Nora (Hikmah)

5. Azlan Abu Hassan/Lee Stephen/Arief Renald - Shanel (Perjalanan)

Video Muzik Terbaik

1. Sahak - Firdaus (Kerna-nya Aku Menolakmu)

2. Michael Weicker/Marcus Weicker - Goldfish and Blink (Bila Seharusnya feat Noh Saleh)

3. Ghaz Abu Bakar - Stacy (Pelangi Senja)

4. Jeremy Zainal - Suki Low (Terlalu Mencintaimu)

5. Quek Shio Chuan - Yuna (Sparkle)

Lagu Pop Etnik Terbaik

1. Endang Endong Cintaku Satu (Wan Mohammad Logan/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya) - Noraniza Idris

2. Hari Demi Hari (Mohd Shahril/Noraniza Idris/Ahmad Fedtri Yahya) - Noraniza Idris

3. Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) - Noraniza Idris

4. Mahligai (Helen Yap/Ahmad Fedtri Yahya) - Noraniza Idris

5. Menarik Hati (Asmin Mudin/Ahmad Fedtri Yahya) - Noraniza Idris

Lagu Nasyid Terbaik

1. Asmaulhusna (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) - Mawi

2. Allah (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) - Hafiz Hamidun

3. Garisanmu (Hafiz Hamidun/Hafiz Hamidun) - Izzat Mahadi

4. Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) - Nora

5. Erti Al-Fatihah (Johan Nawawi/Johan Nawawi) - Voice of Ummi

Lagu Rock Terbaik

1. Idola (Audi Mok/Dark) - Azlan & The Type Writer

2. Buta (Audi Mok/Faizal Tahir) - Faizal Tahir

3. Simetri (Audi Mok/Omar K) - Hazama

4. Mati Senyap (Stone/Zizie Hashim) - Silent Death

5. Bebas (Sam) - The Azenders

Lagu Pop Terbaik

1. Sebelah Jiwaku (Edry Abdul Halim) - Jaclyn Victor

2. Harapan (Hyper Act/Frozen) - Hyper Act

3. Patah Seribu (Shila Amzah) - Shila Amzah

4. Terukir Di Bintang (Yuna) - Yuna

5. Jagalah Diri (Edry Abdul Halim) - Jaclyn Victor

Lagu Hip Hop Terbaik

1. Teman Pengganti (Malique) - Black & Malique

2. Sendiri Di Kuala Lumpur (Belle Fatah/Filsuf/Bob Yusof) - Filsuf

3. Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs/Malique) - Jamal Abdillah & Malique

4. Just You And Me (Saph/Shazrina Azman) - MizzNina

5. Tenang Sayang (DJ Jocular/Saph & NBE) - SSK

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

1. Memo (Yuna) - Yuna

2. Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) - Jaclyn Victor

3. Stand Up (Bryan Bouro) - Siti Nurhaliza

4. Haircut (Sarah Zainal Abidin) - ZE!

5. Photo Of You (Yuna) - Yuna

Foto ketika temubual bersama Harian Ekspres

Foto ketika temubual bersama Harian Ekspres