Nuffnang

Friday, October 24, 2008

AG Dalam MyStarz LG 2.( Terbaru)




AG BAKAT BARU DALAM MY STARZ LG MUSIM KE - 2

Oleh : Tomkurus


“Saya memang agak terkejut gila……!! Begitulah ungkapan AG ketika ditemui baru baru ini sebelum berlepas ke Kuala Lumpur sebagai peserta terakhir top 12 My Starz LG yang akan bermula pada 9 November 2008 (Ahad) ini di TV3 bermula pada pukul 9.00 malam. AG merupakan salah seorang daripada 3 anak watan dari negeri ini yang berjaya terpilih ke pusingan akhir program realiti ini.

“Saya memang tidak menyangka dipilih untuk mengikuti rancangan ini kerana saya sememangnya langsung tidak mempunyai sebarang persiapan ketika mengikuti ujibakat ini dahulu. Namun mungkin nasib telah menyebelahi saya pada kali ini” jelas anak muda yang baru berusia 21 tahun ini yang berasal dari Kg. Gadong Beaufort, Sabah.

Menurut AG, semasa berada di sebuah restoran di Keningau pada ketika itu, dia telah menerima berita tentang penyeneraian namanya sebagai peserta terakhir My Starz LG ini daripada pihak TV3. “Saya memang agak terkejut gila…..” ujar AG sambil menyifatkan kejayaannya ini merupakan satu suntikan semangat baginya untuk terus berkarya dalam seni suara.

Berasal dari empat orang adik beradik, AG merupakan anak yang bongsu di dalam keluarga yang berbangsa campuran Bisaya, Brunei dan Cina. “Nama panggilan saya pada kebiasaanya adalah “Pyan”. Saya lebih dikenali dengan panggilan itu dengan kawan kawan, ahli kelaurga dan juga di kampung. Tapi untuk tujuan program realiti ini, nama “glamour” dan juga nama undian yang akan saya gunakan adalah “AG”. Jadi jika anda ingin mengundi nanti, ingatlah nama “AG” untuk saya”, ujarnya yang bernama penuh Ag. Sri Iskandar Bin Bahrin.

Mengimbas kembali detik detik bermulanya dia berkecimpung didalam bidang nyanyian ini, AG berkata ianya bermula ketika dia berumur 16 tahun. “Saya join koir dan pertandingan nyanyian serta band semasa di sekolah menengah. Masa tu ada perancangan untuk membuat “group band” tetapi tidak kesampaian. Sehinggalah saya memasuki kolej PTPL, saya telah mengikuti pertandingan PTPL Idol. Disitulah saya telah banyak berlatih untuk keluar di hadapan khalayak orang ramai serta cara menyanyi yang lebih baik. Disamping itu juga, pihak kolej PTPL sering mennjemput saya untuk membuat persembahan sekiranya terdapat program persembahan”.

Ketika ditanya bagaimana kenangan AG semasa sesi uji bakat program ini, menurutnya dia langsung tidak mempunyai sebarang persediaan awal. “Semasa audition, saya langsung tidak ada menyediakan sebarang lagu. Persedian dari segi bahan pun tidak ada seperti gambar” jelasnya dimana pihak penganjur telah membuat ketetapan agar peserta ujibakat harus membawa sekeping gambar berukuran paspot bersama.

“Dalam keadaan kelam kabut, saya terpaksa pergi ke kedai yang berdekatan untuk mencuci gambar. Tentang uji bakat di Sabah itu pun, ada seorang member yang bernama Bert yang telah memaklumkan kepada saya. Setiap kali pergi audition memanglah saya akan “nerves” gila tetapi bila sudah mula menyanyi, saya ok da…” jelas AG lagi yang mengaku pernah mengikuti program realiti Gangstarz selama 2 musim berturut turut. Program realiti tersebut juga kendalian TV3 dan AG telah menyertai uji bakat tersebut bersama 3 orang rakan iaitu Hafiz, Malvin dan Allen yang telah menamakan kumpulan mereka Da ‘Prince.

Sambil menyifatkan penyeneraiannya didalam Top 12 dalam program My Starz LG ini sebagai satu tanggungjawab yang amat berat untuk dipikul bagi membawa nama negeri Sabah ke arena kebangsaan, “Ini bukannya soal kenegerian tetapi hakikatnya, saya pasti rakyat Sabah mengharapkan sekali lagi kejayaan peserta dari negeri ini untuk muncul juara, seperti kejayaan yang dilakukan oleh Stacy di dalam AF baru baru ini. Jadi, saya amat mengharapkan sangat sokongan daripada seluruh lapisan masyarakat yang menonton program realiti My Starz LG ini agar dapat terus membuat undian kepada saya di sepanjang konsert nanti. Jika nasib menyebelahi saya untuk sampai ke konsert terakhir, saya berjanji untuk membuat yang terbaik nanti. Itu janji saya…” ujar AG yang ternyata amat teruja membawa nama Sabah sekali lagi ke persada seni suara kebangsaan dan berharap akan dapat menjadi seoarang artis yang terkenal dan berkaliber, sebaris dengan artis Malaysia mahupun artis antarabangsa pada masa yang akan datang.

Di akhir perbualan, AG amat berterimakasih kepada semua yang telah menyokongnya selama ini. “Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Sabah Times kerana memberi ruangan kepada saya untuk menampilkan diri saya kepada masyarakat di Negeri Sabah ini’.

“Tidak lupa juga buat keluarga saya yang sentiasa mengambil berat dan membantu saya dalam apa jua perkara pun, serta rakan-rakan seperjuangan saya, Kumpulan Da ‘Prince yang sentiasa bersama saya, dan juga buat rakan saya maribell yang sentiasa memberi sokongan setiap masa susah ataupun senang. Buat semua orang Sabah, jangan lupa undi AG. Terima kasih yang tidak terhingga dari AG” ujarnya diakhir temubual tersebut.

Program My Starz LG ini akan dinilai oleh juri profesional yang terdiri daripada Liza Hanim dan Hattan serta juri jemputan setiap minggu. Sebanyak 70 peratus dinilai oleh juri dan selebihnya undi SMS. Bagi mereka yang ingin membuat undian terhadap AG agar terus berada di dalam konsert setiap minggu dan seterunya ke konsert akhir nanti, jangan lupa ikuti program My Starz LG musim kedua ini yang akan menemui penonton setiap Ahad jam 10 malam selama satu jam dan star Lives juga setiap Ahad jam 5.30 malam yang memaparkan aktiviti harian sepanjang seminggu sebelum konsert. Bagi mengikuti perkembangan terkini mengenai AG, layarilah blog khasnya di www.agmystarz.blogspot.com Text oleh TomKurus, Gambar oleh Gogds.



Foto ketika temubual bersama Harian Ekspres

Foto ketika temubual bersama Harian Ekspres