Nuffnang

Friday, November 28, 2008

Peserta My Starz LG didera media, keluaran daripada Majalah Mangga.






Peserta My Starz LG didera media
Ditulis oleh Rosli Manah
Jumaat, 21 November 2008 15:25 - Terakhir dikemaskini Jumaat, 21 November 2008 16:15

Salah satu cabaran yang dihadapi oleh peserta pertandingan realiti My Starz LG ialah berdepan
dengan pihak media.
Untuk cabaran tersebut mereka diminta memilih sendiri pakaian yang bakal digayakan. Pakaian
yang dipilih mestilah menggambarkan mereka sebagai seorang artis.
Ada yang pernah sertai pertandingan lain sebelum ini dan ada juga yang pertama kali cuba
langkah menjadi seorang penyanyi.
Dalam cabaran itu mereka tidak diberitahu bagaimanakah caranya, sebaliknya bergantung
kepada cara mereka tersendiri.


Peserta My Starz LG didera media
Ditulis oleh Rosli Manah
Jumaat, 21 November 2008 15:25 - Terakhir dikemaskini Jumaat, 21 November 2008 16:15

Memang ada yang gugup, gementar, mencari alasan, cuba berlakon menunjukkan mereka tahu
walaupun sebenarnya tak tahu apa-apa.
Ada juga yang cukup bersedia dan tahu bidang yang mereka pilih ini banyak ranjau dan duri
yang bakal dilalui.
Sebenarnya cabaram media kali ini ialah berdepan dengan barisan Editor dan wartawan
majalah-majalah berteras hiburan di Utusan Karya Sdn. Bhd. Saya sendiri turut menjadi salah
seorang juri dalam cabaran ini. Ada pemenangnya, tapi untuk mengetahuinya tunggulah di TV3
nanti.
Memang pelbagai gelagat yang dapat dilihat daripada mereka. Maklumlah mereka masih baru
dan mentah dalam selok-belok dunia hiburan.
Tapi ada juga yang berani dan ada pendirian sendiri dalam apa sahaja keputusan yang mereka
buat.
Mungkin ada yang nampak mereka pilih pakaian yang tak kena, tapi kalau itulah pakaian yang
mereka selesa nak buat macam mana.
Dalam cabaran itu mereka dinilai daripada segi penampilan, tatatertib, pengetahuan dalam
bidang muzik dan cara berkomunikasi. Ada yang bijak berkomunikasi dan jujur memberitahu
kecetekan mereka pasal dunia hiburan.


Peserta My Starz LG didera media
Ditulis oleh Rosli Manah
Jumaat, 21 November 2008 15:25 - Terakhir dikemaskini Jumaat, 21 November 2008 16:15

Ada yang mendapat pujian dan ada juga yang dikritik. Gzell misalnya menangis selepas sesi
temubual dengan media. Mengapa Gzell menangis? Apa soalan panas yang diajukan kepasa
Gzell sehingga dia tak boleh tahan sebak.
Jawapannya tunggulah dalam program itu yang akan ke udara di TV3 pada pukul 5.30 petang
23 November ini.
Peserta kali ini datang daripada latar yang berbeza. Ada yang pernah sertai kumpulan nasyid,
ada yang dikawal pergaulan oleh ibu, ada yang terlalu menyanjungi ibu sehingga sukar
menerima pandangan orang lain. Malah ada yang tercicir sekolah.
Tunggulah aksi Jessica, Wana, Mimie, Nashrin, Azlri, Elaine, Feroq, AG, Hairi, Gzell, Fiona dan
Cassie berentap dalam program itu. Minggu depan ada yang bakal disingkirkan. Siapa yang
akan jadi peserta pertama yang tersingkir.

Siapa pilihan wartawan Mangga Online?
Sepintas lalu Mangga Online memilih Feroq, Mimie, Cassie dan Nashrin berdasarkan pakej
keseluruhan. Mereka menyerlah dan ada identiti tersendiri. Vokal mereka juga boleh digilap.

Grabbed From Majalah Mangga 2008

Saturday, November 22, 2008

Artikel Megenai AG MyStarz LG Di Sabah Times.


Grabbed from http://dbos-fm.blogspot.com/




Grabbed from http://dbos-fm.blogspot.com/

Type LG10 AG (for 10 votes) or LG5 AG (for 5 votes) or LG1 AG (for 1 votes) and send to 33399

Tuesday, November 4, 2008

PESERTA yang bakal berentap dalam My starz LG musim kedua











S12 peserta My Starz LG terbitan TV3 didedahkan dengan pelbagai cabaran
sebagai persiapan menghadapi realiti dunia hiburan


SEBELUM melangkah ke alam sebenar program realiti musim kedua My Starz LG, 12 peserta yang bakal berentap pada konsert setiap minggu bermula 9 November ini dibekalkan dengan sedikit ilmu di dada.

Pada 29 hingga 31 Oktober lalu, 12 peserta baru yang masih belum mengetahui selok belok dunia hiburan didedahkan dengan pelbagai aktiviti sual kenal di antara 12 peserta bersama tenaga produksi.

Aktiviti tiga hari yang berlangsung di Eagle Ranch Resort, Port Dickson itu juga bertujuan mendedahkan 12 peserta ini mengenai program My Starz LG selain motivasi dan menguji daya fizikal dan mental mereka sebelum berhadapan dengan konsert sebenar.

Penerbitnya, Tengku Shailawati Tengku Jehori berkata, sebagai langkah pertama, semua peserta program ini didedahkan dengan persekitaran luar sebagai persediaan awal sebelum mereka melangkah ke dunia realiti atau konsert sebenar.

“Ini kali pertama kita melakukan sesi sual kenal dengan mengumpul semua 12 peserta. Ia bertujuan ingin membiasakan peserta sebelum menghadapi konsert pada setiap minggu. Selain itu juga, mereka dilatih dengan menguji ketahanan fizikal dan mental selain menerapkan sifat kerjasama dan berpasukan,” katanya.
Menurut Shailawati, musim kedua mengalami banyak perubahan daripada musim pertama lalu di mana program yang mencungkil bakat peserta bukan saja nyanyian malah segala aspek hiburan.

“Tahun ini setiap peserta yang terpilih dinilai dengan pakej merangkumi semua aspek daripada juri profesional. Mereka datang dari latar belakang berbeza dan pertama kali muncul di kaca televisyen.

“Sebab itu kami mengadakan aktiviti ini agar mereka tidak terkejut dengan dunia hiburan sebenar yang bakal mereka hadapi mulai hari ini.

“Mengenai konsert, 12 peserta ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu setiap minggu satu kumpulan ini bertanding dan satu kumpulan lagi akan mengiringi persembahan mereka dan ia akan bertukar pada setiap minggu.

“Dari segi pemarkahan pula, ia dinilai oleh juri profesional yang terdiri daripada Liza Hanim dan Hattan serta juri jemputan setiap minggu. Sebanyak 70 peratus dinilai oleh juri dan selebihnya undi SMS,” katanya yang menyifatkan 12 peserta ini mempunyai potensi yang cerah sekiranya dibimbing dengan tenaga pengajar profesional.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi tiga hari itu termasuklah brainstorming, night drop (burung hantu), mini explorace yang terdiri daripada fly fox, guess what, memanah dan rintangan selain berakit dan karaoke.

Peserta yang dipilih daripada lima lokasi sesi uji bakat yang diadakan di Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur itu terdiri daripada Leow Lyye, 18, (Johor), Noriezuana Syed Shafudin, 22, (Johor); Norshamimi Ahmad Haris, 18, (Kedah) dan Wan Nashrinie Zafri, 19, (Pulau Pinang);.

Selain itu, Mohd Azri Abdullah, 21, (Klang); Lee Elaine, 18, (Subang); Mohd Farouk Jayfiena Ermand, 19, (Petaling Jaya); Awang Sri Iskandar Bahrin, 21, (Sabah); Mohd Hairi Kenneith, 19, (Sabah); Julylen Liew, 18, (Sabah); Fiona Anak John Nolly, 21, (Sarawak) dan Cassandra Daniel Manja, 22 (Sarawak).

Program sebanyak 15 episod ini akan mula menyaksikan episod penyingkiran selepas konsert kedua. Ia turut melantik Nazaruddin Habibur Rahman atau Naz dan pasangannya Puteri Andreanna Syigim atau Anne sebagai pengacara program musim ini.

Sementara Khairul Ikhwan Rosli atau Ikhwan pula akan mengacarakan segmen Star Lives iaitu diari peserta yang menemui penonton setiap Ahad jam 5.30 petang.

INFO:

  • Program My Starz LG musim kedua ini akan menemui penonton setiap Ahad jam 10 malam selama satu jam dan star Lives juga setiap Ahad jam 5.30 malam yang memaparkan aktiviti harian sepanjang seminggu sebelum konsert.

  • Sebanyak RM100,000, kontrak rakaman bersama Warner Music, Malaysia dan barangan elektrik jenama LG akan menjadi taruhan 12 peserta ini.

  • 12 peserta ini juga akan ditempatkan di LG House yang mempunyai pelbagai ruang seperti latihan, bilik mentor, dan ruang persembahan yang dilengkapi sepenuhnya dengan peralatan LG.

  • Musim ini juga, 12 peserta ini akan mendapat khidmat daripada mentor profesional yang terdiri daripada pencipta lagu, Lah (VE), koreografer, Raimee Salleh dan pereka fesyen, Saiful Bahrin sebagai perunding imej.
  • Foto ketika temubual bersama Harian Ekspres

    Foto ketika temubual bersama Harian Ekspres