Nuffnang

Wednesday, July 24, 2013

P.O.P Kini Semakin Matang


Prince of Pop iaitu nama yang tidak asing lagi bagi mereka yang meminati industri muzik tanahir khususnya Sabah dan juga penggiat RnBHipHopSoul.

Walaupun hanya meneruskan perjuangan tidak seperti biasa, ketiga-tiga ahli P.O.P ini terus tekun berusaha gigih demi kepuasan dan mencapai impian tersendiri. Bekas calon AIM-19, kini P.O.P bukan sahaja tertumpu dengan penghasilan lagu malah, P.O.P kini sudah melebarkan sayapnya dalam bidang pengarahan Klip Video.

Semalam, video terbaru daripada P.O.P baru sahaja dilancarkan dan dimuat naik ke laman sosial rasmi Youtube P.O.P, 123Greentv dengan hasil view 454 dlm tempoh masa kurang dari 24 jam.

Video yang diarahkan sendiri oleh P.O.P itu mendapat banyak pujian dari pelbagai pihak tambahan lagi apabila mendapat sentuhan visual yang dirakamkan oleh Videografer Edy Jak yang kini semakin berani untuk tampil dengan produksi sendiri Edy Jak Bah Production.

Edy Jak sedang menggodek teman sejatinya :-P

Tampil dengan hasil karya tersendiri, Hari Raya Semua kini membuktikan P.O.P bukan sahaja berbakat dari segi penciptaan lagu mahupun lirik, kini P.O.P sudah pun menjadikan elemen pengarahan muzik video sebagai aspek yang perlu ditekankan bagi semua penggiat seni terutama sekali penyanyi. 

Biarpun hanya berkonsepkan santai raya, namun lagu hasil ciptaan AeGy & Aye itu tidak membawa maksud untuk muncul dimusim perayaan sahaja bahkan, ini merupakan titik permulaan bagi P.O.P meningkatkan mutu karya sendiri dari masa ke semasa. 

Qeem menahan kelaparan ...


21hb Julai 2013 merupakan tarikh pengambaran muzik video tersebut yang hanya memakan masa lebih kurang 2jam 30minit sahaja untuk proses penggambaran dijalankan. Dengan hanya berbekalkan semangat ia tidak menjadikan halangan untuk kami menyiapkan rakaman ini walaupun terpaksa berjuang ketika di bulan Ramadan. 

Nampak tak bila sudah habis rakaman.. happy!!..


Tanpa membazirkan masa serta ruang yang ada, P.O.P hanya menggunakan satu lokasi sebagai tapak penggambaran muzik video tersebut iaitu di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.  


Sempat lagi bahhh... 

Aye Park opss!! haha...

Jika anda ingin mengetahui segala yang terbaru daripada P.O.P, anda boleh like Page kami di P.R.Inc atau twitter di @P0POfficial. Dengar lagu-lagu kami di Soundcloud POPofficialSC. Terima kasih atas kesudian anda membaca blog saya, sekian, (jangan lupa tekan share :-P )

*Muzik Video akan di muat naik kemudian. 






Foto ketika temubual bersama Harian Ekspres

Foto ketika temubual bersama Harian Ekspres