Nuffnang

Wednesday, December 17, 2008

AG tersingkir minggu yang ke 5





by gua.com.my

17 Disember 2008

Minggu kelima Konsert My Starz LG menyaksikan penyingkiran peserta
ketiga dari
Kumpulan A – Awang Sri
Iskandar Bahrin yang lebih dikenali sebagai AG. Kesedihan menyelubungi
anggota Kumpulan A
yang lain, Nashrin, Wana, Feroq dan Cassie, apabila terpaksa berpisah
dengan seorang lagi rakan seperjuangan.

Ketika diumumkan berada di kedudukan paling bawah, AG seakan
sudah mengagak dirinya akan
tersingkir kerana merasakan persembahannya minggu lalu
menyanyikan lagu “Mimpi Laila”
kurang memberangsangkan. Kegagalan melayakkan diri ke
peringkat akhir tidak mematahkan
semangat anak kelahiran Sabah yang baru berusia 21 tahun
ini untuk meneruskan minatnya
di dalam bidang muzik. AG berazam untuk terus menyertai
mana-mana program realiti yang
dianjurkan agar terus menimba ilmu dan menambahkan
pengalaman.

wajah AG kesedihan selepas konsert My Starz LG..

1 comment:

Anonymous said...

penyingkiran kali ini bukan penyingkiran buat selamanya bagi ag..hidup ini penuh dugaan n halangan..sy harap ag x mudah berputus asa..

tinjau2 lah bog sy kat http://sulianilife.blogspot.com

Foto ketika temubual bersama Harian Ekspres

Foto ketika temubual bersama Harian Ekspres