Nuffnang

Saturday, October 13, 2012



Baru - baru ini 12 Okt 2012, Jumaat, berlangsungnya sesi penggambaran P.O.P untuk single yang hangat di putarkan di corong-corong radio sekarang ini iaitu lagu yang berjudul 'Main Jauh Jauh' . Lagu hasil ciptaan AeGy (salah seorang ahli P.O.P) dan gabungan sentuhan daripada 'sifu' kami iaitu Cat Farish.

Lagu ini juga mendapat tempat dihati Juri-juri yang bertanggungjawab mengadili Anugerah Industri Muzik ke-19 yang akan dilangsungkan pada 17 Nov 2012 di Stadium Melawati Shah Alam.

Penggambaran yang dijalankan di Studio IPTV ini diharapkan dapat mengubati peminat-peminat P.O.P yang sekian lama menunnggu kelahiran Klip video sulung dari P.O.P terutama kepada Kelab peminat kami yang dikenali dengan nama 'Poppers'.

Sokongan dari kamu semua sangatlah kami hargai dan tidak mampu terbalas. Maka dengan itu, kemunculan Klip kami ini diharapkan dapat memberi satu impak kepada semua khususnya industri muzik di Malaysia.

No comments:

Foto ketika temubual bersama Harian Ekspres

Foto ketika temubual bersama Harian Ekspres