Nuffnang

Wednesday, October 17, 2012

Siapa Pencipta Lagu 'HOT' ???



Beliau merupakan anak kelahiran daerah Semporna, yang juga merupakan pelajar dalam jurusan Sijil Pengajian Muzik Universiti Malaysia Sabah dan Pemilik Sijil Suzuki Violin Teacher ini adalah pencipta lagu 'Hot' yang akan menjadi single kedua kumpulan P.O.P. Beliau yang dimaksudkan ialah Muhammad Ghazali bin Walkie atau lebih mesra dipanggil dengan nama Sky.


Beliau merupakan salah seorang guru muzik separuh masa di salah sebuah sekolah Muzik di Kota Kinabalu Sabah. Anak jati Sabah yang berumur 22 tahun ini sangat meminati genre muzik Pop dan juga RnB disamping menjadikan Jay Sean, Chris brown, Jason Mraz, B.A.P dan banyak lagi sebagai idola beliau. 


Mula mencipta lagu sejak di bangku persekolahan dalam usia sekitar 15 tahun dan bercita-cita untuk menjadi salah seorang Penyanyi dan Penulis lagu ataupun Komposer yang akan mencetuskan revolusi muzik khususnya Industri Muzik tanahair.


Harapan beliau, "Harapan sky ialah semoga sky dapat mencapai mimpi itu dan menjadikan ia realiti.Selain itu sky harap music yg sky tulis dapat di terima oleh semua lapisan masyarakat dan dapat disiarkan di setiap stesen radio dalam dan luar negara".


AeGy selaku wakil daripada kumpulan P.O.P mengucapkan setinggi terima kasih kepada Sky kerana telah menghasilkan satu lagu yang menepati citarasa kami semua dan diharap, kerjasama antara kita dapat menjadi kebanggan buat semua khususnya buat Sabahan. 



 SELAMAT MAJU JAYA BUAT SKY !!!



No comments:

Foto ketika temubual bersama Harian Ekspres

Foto ketika temubual bersama Harian Ekspres